Setelah mendapat kunci rumah, kami(suami isteri) berpakat untuk membuat homestay memandangkan sekiranya rumah disewakan mungkin rumah akan rosak disebabkan penyewa tidak menjaga rumah dan rate sewa di jitra sangatla murah jadi x berbaloi untuk kami sewakan rumah kami. Jadi Homestay adalah cara terbaik dari membiarkan rumah kosong tidak berpenghuni...
Bagi yang ingin memulakan homestay, di bawah kami senaraikan perkara2 yang telah kami lakukan untuk set up homestay kami...
1. Pasang gril untuk memastikan keselamatan penghuni, kipas, lampu dan aircond...
2. Sediakan perabot - Beli sofa, meja tv, 2 set lengkap katil dan meja solek, almari dapur
(Nasib baik 1 katil, set meja makan 6 kerusi, peti ais dan mesin basuh kami gunakan yang sedia ada dari rumah lama)
3. Pasang langsir - langsir kami tempah dari kedai di Nilai dan beli kayu dari kedai tersebut jugak.
Langsir dan kayu penyangkut langsir kami pasang sendiri.... suami yang buat....save duit...
4. Beli perkakas dapur... rice cooker, toaster, cerek elektrik, pingan mangkuk dan sudu garpu.
5. Beli iron dan iron board
6. Beli cadar dan comforter dan sarung bantal... kami beli yang set punya... dptla murah sket...
6. Beli sabun mandi
7. Beli 3 in 1 milo dan uncang teh...
Aksesori untuk mencantikkan homestay kami (x semestinya ada)
1. Pasang wallpaper (beli dari korea wallpaper (rm150 utk 2 gulung)). kami pasang di ruang mkn dan dinding bilik utama...
2. Bantal-bantal kecik untuk diletakkan pada sofa.
3. Lukisan-lukisan pemandangan untuk diletakkan pada ruang tamu dan bilik tidur...
Selepas dah settle semua nih,,kami mula melakukan promosi... (PROMOSI adalah langkah yang paling penting).. kalau rumah dah cantik tapi org ramai tak tahu susah juga nak dpt pelanggan kan?? Untuk promosi, apa yang kami lakukan adalah dengan :
1. Buat promosi di mudah.my
2. Bina laman facebook homestay
3. Bina blog homestay (kami gunakan blogspot)
4. Bina website kami sendiri....
5. Guna iklan berbayar pada facebook
6. Guna iklan berbayar pada google
7. Join group2 homestay yang kami rasa bersesuaian..
Alhamdulillah... usaha kami diberkati Allah.... setakat hari ini, pelanggan dapat maklumat dari usaha promosi kami...
Bagi yang tdk pandai membina blog dan website, anda bolehla hubungi saya. Saya sediakan perkhidmatan membuat blog dan website untuk perniagaan.. Hubungi 017-2394691....
SEmoga sukses dalam usaha anda mengusahakan homestay.. Jangan putus asa...Insha Allah setiap usaha ada jalannya...
No comments:
Post a Comment